Saturday, December 19, 2009

Etika Pakaian

Makluman kepada semua ibu bapa / calon-calon PMR 2009, yang akan mengambil slip keputusan peperiksaan PMR pada 24 Disember 2009, agar menepati kod / etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa dan para pelajar hendaklah berpakaian mengikut etika / spesifikasi ISLAMIAH ketika berurusan dengan pihak sekolah sesuai dengan iklim dan halatuju "MAAHAD".
Sekiranya didapati para pelajar tidak menepati kod berpakaian sebagaimana yang telah ditetapkan, maka pihak sekolah BERHAK menahan keputusan peperiksaan tersebut sehingga keputusan / persetujuan bersama dicapai.

Sekian untuk makluman dan tindakan ibu bapa penjaga dan para pelajar sekelian.
Semoga mendapat kerjasama demi keharmonian bersama.

Arahan oleh;

En Mohd Fauzi Bin Hj Yahmin
GPK HEM.

Dengan persetujuan dan pengesahan;
TUAN PENGETUA
Maahad Pontian.

No comments:

Post a Comment

MP Sekilas lalu......