Tuesday, January 19, 2010

Arahan Unit HEP MP

1. Kepada para pelajar baru MP, sila lengkapkan Borang Maklumat Pelajar dan hantar ke pejabat MP pada Isnin 25/01/10.

2. Kepada para pelajar penerima Skim Bantuan Anak Yatim YPJ dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Johor ( PKEINJ ), sila lengkapkan borang maklumat peribadi diri dan penjaga / keluarga. Hantar kepada Ust Yazid Bahrin pada 25/01/10.

3. Para pelajar tidak dibenarkan BALIK KAMPUNG / KE RUMAH setiap MINGGU, kecuali kes-kes kecemasan.

4. Para pelajar yang memohon balik kampung / ke rumah pada hujung minggu selain jadual yang telah ditetapkan hendaklah ;

a) ibu bapa / penjaga menulis surat permohonan kepada GPK HEM
b) hantar / faks ke pejabat MP pada hari ISnin
c) pelajar dapatkan tandatangan Pengetua / GPK HEM sahaja

5. Para pelajar yang berurusan dengan pihak Hospital Pontian hendaklah berpakaian uniform sekolah atau uniform outing. T-shirt tidak dibenarkan.

No comments:

Post a Comment

MP Sekilas lalu......