Friday, February 5, 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI.....

Pihak pentadbir Maahad Pontian mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengumuman peruntukan RM 10,000.00 oleh YB Dato'Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sempena Majlis Perasmian Merentas Desa pada 4/2/2010.

Berkenaan permohonan peruntukan membina gelanggang futsal,bola tampar dan sepak takraw, pihak YB Dato' Wee, mengarahkan pihak sekolah mengemukakan kertas kerja kepada beliau, dan pembinaan akan dilaksakan pada tahun ini ( 2010).

Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada PDRM cawangan Trafik daripada IPD Pontian kerana telah membantu urusan lalu lintas sepanjang program berlangsung.

Juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada para dermawan dan penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan material.


VIVA MAAHAD PONTIAN !!!!!

No comments:

Post a Comment

MP Sekilas lalu......